Thursday, June 14, 2012

Asslamualaikum.....

 Akhirnya saya dah ingat paswod blog ini hari ini setelah ada seorang hamba Allah telah ketemu dgn blog ini ......sedangkan blog ini dah lama saya lupakan abb tak boleh nk update........ibarat dah terkeburlah, beribu kali saya cuba paswod yg sama, tapi ttp tak boleh buka....aduiiii.....tapi sampai skg saya amat pelik ada hamba Allah , jumpa blog saya yg tak aktif ni....n tiba2 blog ni boleh buka....emm sabo aje lah...

so sekarang boleh saya update selalu blog saya ni.....hehehe

setelah sekian lama saya tinggal blog ni , macam2 dugaan yg telah di uji.....bersyukur pada Allah ,kerana ujian itu mematangkn saya.....kerana ujian hidup, saya lebih kuat...saya lebih tabah.....

sekarang saya ingin melangkah ke depan dan mulakan perniagaan...(Sunnah Nabi)

saya dan perniagaan jubah2....



Saya dan Auralife2u.com ........


bersama penasihat Auralife .. Dato Fadzilah Kamsah...



langkah ku yg pertama....akan di teruskan lagi......langkah demi langkah untuk terus berniaga dan teruskan perjalanan hidup ini di jalan yang benar.............Insyaallah....

Friday, December 24, 2010

Minuman Kesihatan Gano Excel


Tuesday, November 30, 2010

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
 Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….



Wednesday, August 25, 2010

MUSUH & KAWAN IBLIS

Siapakah musuh & kawan iblis?
Suatu masa Rasulullah s.a.w. pernah menyoal iblis, katanya: "Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dari umatku?" Jawab iblis: "Lima belas orang iaitu:"

1. Anda sendiri, wahai Muhammad.
2. Kepala negara (Imam) yang adil.
3. Orang kaya yang rendah hati.
4. Pedagang yang jujur.
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk.
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
7. Orang beriman yang pengasih.
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu.
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram.
10. Orang beriman sentiasa berwuduk.
11. Orang beriman banyak bersedekah.
12. Orang beriman yang berakhlak mulia.
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang-ramai.
14. Orang yang mengamalkan dan terus-menerus membaca Al-Quran.
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur.

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?" Jawab iblis: "Sepuluh iaitu:"

1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang tidak jujur.
4. Peminum arak.
5. Penghasut/pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan.
6. Orang beramal kerana ingin nama.
7. Orang yang makan harta anak yatim.
8. Orang yang mempermudahkan solat.
9. Orang yang tidak mahu berzakat.
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun/berangan-angan)
Posted by Raja Menangis
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
2 comments:

Tuesday, August 24, 2010

SUNNAH NABI

Saturday, June 12, 2010

STAR CRUS, PENANG (AURA LIFE)




Posted by Picasa

Friday, June 11, 2010

TERIMA KASIH TUHAN


BERTERIMA KASIH LAH KITA PADA ALLAH.....SEGALA ATAS MUKA BUMI INI ADALAH MILIKNYA TERMASUK DIRI INI, TERIMA KASIH TUHAN..

Posted by Picasa

Wednesday, June 09, 2010

Star Crus

Ahli Aura Life berkumpul, sebelum naik star crus
kak yati, posing jngan tak posing....
kak dah, penat je gaye nya..
berbaris nak masuk star cruise
Posted by Picasa

Tuesday, June 08, 2010

Tiga perkara membatalkan akidah



Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-BakriPensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undangKolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

IBN Jauzi berkata: “Sebahagian ulama berpendapat ayat yang sebelum ini telah dinasakhkan dengan pengecualian pada ayat ini, dan ini bukanlah dinamakan nasakh kerana pengecualian maksudnya mengeluarkan sebahagian dari semuanya yang membawa kepada takhsis.”
Sayid Qutub berkata: “Adapun orang-orang yang terus berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) telah berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi.”
Benarlah firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran.” (Al-Baqarah: 161-162)
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir.” Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut bagaimana keadaan mati.
Abu al-`Aliyah berkata: “Ini pada hari kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah melaknatnya seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.”
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:
Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:
Iktikad
Perbuatan
Perkataan

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran.
Secara ringkasnya seperti berikut:
Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
Menghina al-Quran.
Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.
Seterusnya firman Allah s.w.t: “Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.” Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.
Firman Allah s.w.t: “Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran.” Maksud kekal di dalamnya atau padanya ada dua pendapat. Pertama, kembali kepada laknat seperti pendapat Ibn Mas’ud dan Muqatil. Kedua, kembali kepada neraka.
Ayat ini tidak menyebut suatu azab yang lain dari laknat yang menyerkup mereka, malah ia menyifatkan laknat ini sebagai suatu azab yang tidak akan diringankan dari mereka dan tempoh azab itu tidak akan ditangguhkan.
Itulah azab yang mengecilkan segala azab yang lain. Itulah azab diusir, dibuang dan dilayan dengan kasar dan tiada hati yang menaruh belas kasihan, tiada mata yang memandang dengan simpati dan tiada lidah yang mengucap kata-kata hormat.
Mereka dikutuk, diusir dan dibuang oleh para hamba Allah dan oleh Tuhan sekalian hamba-Nya sama ada di bumi dan di alam al-Mala`ul-A’la. Inilah azab yang amat pedih dan amat menghinakan.
Firman Allah: “Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran.” Balasan itu disebabkan mereka telah menutup pintu yang terbuka itu kepada diri mereka sendiri dan membiarkan peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) itu berakhir begitu sahaja, sedangkan mereka terus berdegil dengan sikap menyembunyikan kebenaran, memilih kekufuran dan kesesatan.
Iktibar dan pengajaran ayat:

1. Kebahagiaan yang hakiki ialah mati dalam husnu al-Khatimah apatah lagi diakhiri dengan kalimah tauhid.

2. Laknat yang datang daripada Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya menjadi dalil ia termasuk dalam dosa besar.

3. Beriman dengan hari balasan seperti adanya azab neraka adalah benar.

Thursday, November 05, 2009

JUTAWANSALY ENTERPRISE

AURA LIFE2U


ASSALAMUALAIKUM..........................






Terlebih dahulu saya ceritakan serba sedikit tentang perniagaan yang saya ceburi...buat masa ini saya begitu minat pada produk2 kesihatan....bagi saya produk2 pergi pada setiap sudut individu seseorang, spt: untuk kecantikan dalaman dan luaran, jaga kesihatan, kebersihan....kini semua orang dah mula peka tentangnya...lalu saya sedikit demi sedikit saya buka kedai secara kecil-kecilan, di :

BF 8, TINGKAT 1, KOMPLEK DAGANGAN MAHKOTA, BANDAR INDERA MAHKOTA , 25200 KUANTAN PAHANG..
saya bersama kawan2 usahawan dari persatuan Wawasanita Pahang, hampir 10 org membuka permis tempat yang sama..dan gambar di atas ni saya masuk dalam Sinar Pahang tau..rasanya nak bawa tuah kot...masuk surat kabo..
dah pangjang lebar intro...mukadimah.....:-)